Sunday, 30 December 2012 | 0 comments | By: Unknown

FACEBOOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK).


Dalam mata pelajaran PJK penggunaan Facebook amat penting dalam membantu seseorang guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran mereka. Misalnya dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan, guru boleh menggunakan facebook untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat tentang sesuatu topik yang telah atau akan dibincangkan. Namun sebelum itu, guru haruslah menetapkan bahawa semua murid haruslah memiliki akaun facebook terlebih dahulu. Guru sebelum itu mestilah menubuhkan “Group PJK” di laman facebook. Setelah itu, guru hendaklah mewajibkan semua pelajar untuk menyertai segala perbincangan yang akan dimuat naikkan dalam aktiviti P&P berkaitan dengan PJK dalam kumpulan PJK dalam Facebook tersebut. Misalnya dalam topik Penyalahgunaan Bahan seperti ubat-ubatan serta dadah, guru boleh memuat naik satu atau dua gambar bahan yang selalu disalahgunakan. Setelah itu, guru boleh menanyakan pendapat pelajar tentang apakah jenis bahan tersebut, kesannya jika disalahgunakan, dan cara untuk mengelakkan diri dari terjebak dari penyalahgunaan bahan seperti dadah. Dengan mewajibkan semua pelajar untuk memberi komen terhadap gambar tersebut secara tidak langsung akan memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir.

          Selain itu, guru juga sebenarnya telah memberi peluang kepada pelajar yang jarang bercakap di dalam kelas dengan menilai kemampuan mereka memberi hujah atau idea mengenai sesuatu topik dalam PJK. Meskipun hakikatnya mereka tidak mengutarakan secara spontan sebaliknya mencari bahan, namun kesungguhan untuk melibatkan diri secara interaktif dalam talian haruslah diberikan pujian dan kredit kepada mereka. Facebook juga sangat berfaedah bagi pelajar yang kurang faham semasa guru mengajar di dalam kelas. Misalnya jika guru menerangkan tentang kepentingan daya tahan otot bagi topik Kecergasan, mungkin ada sesetengah pelajar yang tidak memahami sesetengah istilah yang digunakan oleh guru dan mereka malu untuk bertanya di dalam kelas. Maka Facebook boleh memainkan peranan penting dengan menjadi medium perhubungan untuk guru menerangkan dengan lebih lanjut kepadanya.

          Facebook juga dapat dijadikan saluran untuk guru menunjukkan demonstrasi kepada pelajar sekiranya topik yang berkaitan dalam PJK adalah mengenai Pendidikan Jasmani. Hal ini merujuk kepada pengajaran jenis sukan atau permaianan yang melibatkan ansur maju serta kemahiran. Misalnya dalam Topik Gimnastik, yang mana memerlukan kemahiran dan demonstrasi yang betul. Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat membuat demonstrasi sewaktu sesi pengajaran, dia boleh menggunakan facebook dengan meletakkan “link” contoh-contoh video dari youtube atau dengan memuat naik video berkaitan dengan gimnastik ke laman Kumpulan PJK itu tadi. Dengan itu, pelajar dapat melihat sendiri dengan lebih teliti secara berulang-ulang kali mengikut tahap kepuasan mereka sendiri. Melaluinya, tahap pembelajaran pelajar akan lebih meningkat serta pelbagai kerana mereka mempunyai banyak pilihan untuk belajar dalam suasana yang mereka rasa selesa.

          Setelah P&P secara alam maya atau facebook dilakukan, guru haruslah menilai semula keberkesanan pembelajaran yang telah dijalankan oleh pelajar dan sistem pengajaran yang baru ini yang dilakukan oleh mereka. Dengan membuat perbandingan pencapaian pelajar sebelum penggunaan facebook dalam matapelajaran PJK dengan pencapaian kemudiannya dapat membantu menilai kerelevenan facebook dalam matapelajaran PJK. Selain itu, apabila sesi P&P di dalam kelas, guru boleh mengedar borang soal selidik kepada pelajar untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan facebook dalam matapelajaran PJK. Dengan itu, guru akan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan menambahbaik sesi P&P di facebook agar menjadi lebih menarik dan berkesan.


10 LANGKAH MULAKAN DENGAN FB




MULAKAN DENGAN FB
 
Langkah 1: Pergi ke http:www.facebook.com/ 
Langkah 2: Daftar masuk / Pendaftaran
  1. Untuk menggunakan FB, anda perlu membuat akaun FB dengan mengisi maklumat yang dikehendaki.
  2. Kemudian klik pada “Sign Up”.
  3. Setelah anda mendaftar masuk, halaman ini akan terpapar (Step1-Step 3). Anda perlu melengkapkan sekarang atau dilakukan kemudian.
  4. Untuk keluar dari halaman ini “Skip this step”.
  5. FB akan menghantar email untuk mengesahkan pendaftaran anda.
  6. Klik pada “ Get started “ dan anda boleh mula untuk log masuk.
 Langkah 3: Mencari rakan
  1. Anda boleh mengimport senarai rakan daripada email Yahoo atau daripada aplikasi lain.
  2. Pilih rakan yang anda mahu untuk dijadikan sebagai rakan FB
  3. Pilih untuk dijemput (Jika rakan anda tidak mempunyai akaun FB)
  4. Pergi ke Find Friends
Langkah 4: Menyunting profil
  1. Pergi ke “Profile”
  2. Klik pada “Edit Profile”
  3. Pilih perkara yang anda mahu sunting
  4. Kemudian klik pada “Save Changes”
Langkah 5: Pengumpulan rakan 
  1. Pergi ke “ Account”
  2. Klik pada “Edit Friends”
  3. Kemudian klik “Create a List”
  4. Masukkan nama pengumpulan rakan yang anda hendak tubuhkan, contohnya “Students”
  5. Kemudian, sunting senarai rakan untuk dikumpul/dijemput dalam senarai “Students” dengan pergi ke “Edit Lists”
  6. Pilih “Students”
Langkah 6: Privasi
  1. Pergi ke “Account”
  2. Klik pada “Privacy Settings”
  3. Pilih jenis privasi yang anda mahu untuk akaun FB anda
  4. Kemudian klik pada “Apply These Settings”
Langkah 7: Menjadikan status (catatan dinding) privasi
  1. Tulis status (catatan dinding)
  2. Pilih jenis privasi yang tersenarai atau sesuaikan mengikut kehendak anda
  3.  Pilih status untuk dilihat “These People”
  4. Anda juga boleh memilih untuk menyembunyikan kepada individu-individu tertentu di sini.
  5. Kemudian klik pada “Save Settings”
Langkah 8: Album gambar     
  1. Pada halaman utama FB anda klik “Photos”
  2. Pilih gambar daripada folder anda yang sudah sedia ada
  3. Kemudian klik “Select Photos”
  4. Berikan nama untuk album anda
  5. Pilih jenis privasi perkongsian album gambar tersebut
  6. Klik pada “Create Album”
  7. Kemudian klik “Publish Now” atau “Skip” bahagian ini
  8. Tuliskan penerangan berkenaan album anda
  9. Klik pada “Save Changes”
Langkah 9: Menubuhkan kumpulan
  1. Pada halaman utama FB klik “Create Group”
  2. Masukkan nama kumpulan yang hendak ditubuhkan
  3. Pilih ahli untuk dimasukkan di dalam kumpulan ini
  4. Pilih jenis privasi kumpulan anda
  5. Kemudain klik pada “Create”
  6. Tuliskan topik untuk memulakan perbincangan
  7. Pilih aktiviti yang anda mahu lakukan
Langkah 10: Membuat acara (event) 
  1. Pada muka utama FB anda, klik pada “Events”
  2. Klik “Create an Event”
  3. Masukkan maklumat berkenaan acara tersebut.
  4. Kemudian klik pada “Create Event”


ISU PRIVASI FB
 
Sejak perubahan baru diperkenalkan oleh Facebook, privasi seperti tidak diutamakan oleh laman sosial terkemuka itu. Kini selepas satu demi satu laporan berkaitan dengan isu privasi dikeluarkan, kini laporan baru mengatakan log keluar Facebook pada pelayar web masih tidak mencukupi, dan segala aktiviti anda masih dirakamkan. Facebook telah memperkenalkan fungsi Ticker yang mana membolehkan para pengguna untuk mengikuti pelbagai perkembangan aktiviti-aktiviti rakan mereka yang lain terus melalui bahagian Ticker yang dikemaskini dalam masa-nyata. Namun begitu, amat mendukacitakan kerana segala aktiviti diperlihatkan, walaupun rakan anda itu komen pada status atau gambar rakan mereka lain yang bukannya rakan anda. Facebook juga turut sama telah memperkenalkan fungsi Subscribe pada Facebook, membolehkan para pengguna lain mengikuti segala kemaskini anda yang dilabelkan umum dengan mudah tanpa perlu menambah anda sebagai rakan padanya.
Selain daripada itu,perkenalan fungsi Timeline terus melaporkan beberapa perkara dan isu lain berkaitan privasi, dimana beberapa aktiviti seperti bacaan artikel, penggunaan aplikasi Facebook dan sebagainya dikemaskini terus ke Timeline anda tanpa sebarang pengesahandaripada pemilik profil seperti sebelumnya.
Dan kini, melalui kajian baru, ia dilaporkan yang mana log keluar daripada Facebook sahaja masih tidak mencukupi, dimana ia dilaporkan yang mana Facebook masih boleh ketahui anda sedang melayari laman yang mana melalui cookie yang disertakan pada pelayar web, dan cara mengatasinya hanyalah dengan log keluar daripada Facebook sahaja.
Jadi, adakah lebih isu privasi akan menghantui kembali para pengguna Facebook, apatah lagi dengan Facebook Timeline, segala sejarah hidup anda dirakamkan dengan mudah.
Sila lihat: MULAKAN DENGAN FACEBOOK

BAGAIMANA ALAT-ALAT WEB 2.0 DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PJK?

FACEBOOK
  • KELEBIHAN FB DALAM PENDIDIKAN
  • TIPS FB UTK GURU
  • CARA2 GURU BOLEH MENGGUNAKAN FB
  • APLIKASI PENDIDIKAN MELALUI FB OLEH GURU & PELAJAR
  • GROUP FB UTK GURU DAN PENDIDIK UTK DIJOIN
  • ISU PRIVASI FB DAN BAGAIMANA UTK BERHADAPAN DGNNYA (HOW TO WORK ON THEM)
     
Facebook merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir dari perkembangan teknologi yang kian canggih dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat ini. Facebook diperkenalkan pada 4 februari 2004 yang telah dicipta oleh Mark Zukerberg, seorang lulusan Harvard dan bekas pelajar Ardsley High School. Penggunaan facebook pada mulanya hanya terhad kepada pelajar di Harvard College, iaitu antara kawan-kawan dan kenalan Mark Zukerberg sahaja. Namun, dua bulan kemudian penggunaanya diperluas kepada pelajar ke university lain di wilayah Boston (Boston College, Boston University, MIT, Trufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwesternn dan semua universiti yang termasuk dalam Ivy Leauge. Namun pada hari ini facebook telah digunakan di seluruh dunia.

Sehingga hari ini, facebook telah memiliki jumlah anggota melebihi 350 juta di dunia. Statistik yang diperolehi melalui perkembangan dunia jaringan sosial mendapati 50% penggunanya aktif mendaftar masuk ke facebook setiap hari. Daripada jumlah itu, lebih 35 juta pengguna facebook mengemaskini statusnya setiap hari. Antaranya termasuklah mengemaskini profil peribadi dan gambar. Sekitar 2.5 juta gambar telah dimasukkan ke laman facebook setiap bulan iaitu peningkatan sebanyak 100%. 

KELEBIHAN FB DALAM PENDIDIKAN
Menurut Caroline dan Terri (2009), terdapat pelbagai ciri-ciri unik yang menjadikan Facebook sesuai
untuk aktiviti pendidikan. Contohnya, FB dilengkapi dengan:
  • Papan buletin
  • Pemesejan segera
  • E-mel
  • Kebolehan untuk menyiarkan video dan gambar
  •  Kebolehan untuk menyiarkan maklumat dan bekerjasama dalam lingkungan sistem
Selain itu, dengan kadar penggunaan yang tinggi dan beberapa kelebihan teknologi, rangkaian sosial seperti FB boleh menyediakan:
  1.  Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar
  2. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran – satu komponen penting untuk pendidikan pelajar (Baker 1999) 
  3. Menyediakan peluang dan struktur kepada pengajar untuk membolehkan pelajar membantu menyokong satu sama lain dengan membina kursus-kursus melalui komuniti yang telah diwujudkan oleh pelajar sendiri.
  4. Modul pembelajaran berasaskan internet akan menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada kelas kuliah biasa.
  5. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.
  6. Membantu pengajar berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan kegiatan akan datang, pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar kelas.
  7. Pelajar juga boleh menggunakan FB untuk menghubungi rakan sekelas tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet.
  8. Rangkaian sosial yang dibina berasaskan konsep interaksi secara bersemuka antara guru dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk melihat profil pengajar yang mengandungi maklumat peribadi, minat, latar belakang dan “rakan-rakan” yang boleh meningkatkan motivasi pelajar, pembelajaran berkesan dan juga iklim bilik darjah (Mazer et al. 2007)
CARA MENGGUNAKAN FB DALAM PENDIDIKAN 
Pengenalan rangkaian sosial kepada pelajar amat penting oleh guru serta pensyarah. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk:
  1. Membuka akaun FB mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang-kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka. 
  2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai tugasan kursus serta permohonan kursus.
  3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza.
PENGGUNAAN FB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
    Dengan membina peralatan dalam struktur sosial FB, kita akan menggalakkan lebih banyak interaksi antara peserta. Misalnya, melalui alat perpustakaan (library tool), pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mencari katalog perpustakaan elektronik atau mempelajari cara penggunaan sistem perpustakaan universiti mungkin lebih selesa bertanya kepada “rakan” di dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang “Tanya Pustakawan”, dan bukannya terus kecewa dan berputus asa. Pustakawan boleh menggunakan aplikasi perpustakaan melalui FB sebagai satu cara untuk berhubung rapat dengan pelajar yang selalunya diajar sekali gus dalam sesi perpustakaan. Aplikasi FB yang telah dibina oleh perpustakaan boleh menyediakan satu ruang untuk pelajar bertanyakan soalan rujukan. Walau bagaimanapun, penambahan ciri-ciri tertentu mungkin boleh membantu meningkatkan perkhidmatan seperti ini. Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan suasana perpustakaan lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang pengajaran. Jika dipindahkan senario perpustakaan ini kepada pengajaran dan pembelajaran di dalan kelas, pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkin mencadangkan ia kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran belajar mereka., seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka (Penns ate 2007). 
          Selain itu menurut Dr. Wan Ahmad Jaafar Yahya, penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara baru dalam inovasi pendidikan di Malaysia. Sebagai pereka bentuk pendidikan di sekolah, kita boleh membina Facebook yang interaktif bagi membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efektif dan fleksibel. 
          Antara elemen-elemen yang ada dalam Facebook bagi memantapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dan pelajar adalah : 
  1.  Ruang 'Search'
  2.  Link
  3.  Authoring
  4.  Tag
  5.  Forum
  6.  Emel
  7.  Hyperlink
  8.  World contact/friend
  9.  Digital gift
  10.  Dinamik content
           Selain itu, melalui Facebook juga, kita boleh mengintegrasi prinsip-prinsip 'network' dalam ICT/digital dengan semua teori pembelajaran yang ada. Prinsip-prinsip yang diambil kira dalam membentuk bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan Facebook termasuklah:
  1. Pembelajaran dan pengetahuan adalah pelbagai.
  2. Perhubungan yang menghubungkan semua sumber-sumber maklumat yang releven.
  3. Sumber bukan berpusat kepada manusia.
  4. Kemahuan untuk mengetahui sesuatu perkara melebihi tahap tahu.
  5. Maklumat yang diperolehi menyebabkan berlakunya pembelajaran yang berterusan.
  6. Kebolehan untuk melihat perkaitan antara bidang, idea dan konsep.
  7.   Maklumat yang diperolehi adalah tepat dan terkini.
           Semua ketujuh-tujuh perkara di atas boleh membantu seseorang pengguna atau pelajar boleh membuat keputusan dengan tepat. 
(Dr Wan Ahmad Jaafar Wan Yahya , PTPM USM)