Sunday, 30 December 2012 | | By: Unknown

BAGAIMANA ALAT-ALAT WEB 2.0 DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PJK?

FACEBOOK
  • KELEBIHAN FB DALAM PENDIDIKAN
  • TIPS FB UTK GURU
  • CARA2 GURU BOLEH MENGGUNAKAN FB
  • APLIKASI PENDIDIKAN MELALUI FB OLEH GURU & PELAJAR
  • GROUP FB UTK GURU DAN PENDIDIK UTK DIJOIN
  • ISU PRIVASI FB DAN BAGAIMANA UTK BERHADAPAN DGNNYA (HOW TO WORK ON THEM)
     
Facebook merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir dari perkembangan teknologi yang kian canggih dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat ini. Facebook diperkenalkan pada 4 februari 2004 yang telah dicipta oleh Mark Zukerberg, seorang lulusan Harvard dan bekas pelajar Ardsley High School. Penggunaan facebook pada mulanya hanya terhad kepada pelajar di Harvard College, iaitu antara kawan-kawan dan kenalan Mark Zukerberg sahaja. Namun, dua bulan kemudian penggunaanya diperluas kepada pelajar ke university lain di wilayah Boston (Boston College, Boston University, MIT, Trufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwesternn dan semua universiti yang termasuk dalam Ivy Leauge. Namun pada hari ini facebook telah digunakan di seluruh dunia.

Sehingga hari ini, facebook telah memiliki jumlah anggota melebihi 350 juta di dunia. Statistik yang diperolehi melalui perkembangan dunia jaringan sosial mendapati 50% penggunanya aktif mendaftar masuk ke facebook setiap hari. Daripada jumlah itu, lebih 35 juta pengguna facebook mengemaskini statusnya setiap hari. Antaranya termasuklah mengemaskini profil peribadi dan gambar. Sekitar 2.5 juta gambar telah dimasukkan ke laman facebook setiap bulan iaitu peningkatan sebanyak 100%. 

KELEBIHAN FB DALAM PENDIDIKAN
Menurut Caroline dan Terri (2009), terdapat pelbagai ciri-ciri unik yang menjadikan Facebook sesuai
untuk aktiviti pendidikan. Contohnya, FB dilengkapi dengan:
  • Papan buletin
  • Pemesejan segera
  • E-mel
  • Kebolehan untuk menyiarkan video dan gambar
  •  Kebolehan untuk menyiarkan maklumat dan bekerjasama dalam lingkungan sistem
Selain itu, dengan kadar penggunaan yang tinggi dan beberapa kelebihan teknologi, rangkaian sosial seperti FB boleh menyediakan:
  1.  Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar
  2. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran – satu komponen penting untuk pendidikan pelajar (Baker 1999) 
  3. Menyediakan peluang dan struktur kepada pengajar untuk membolehkan pelajar membantu menyokong satu sama lain dengan membina kursus-kursus melalui komuniti yang telah diwujudkan oleh pelajar sendiri.
  4. Modul pembelajaran berasaskan internet akan menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada kelas kuliah biasa.
  5. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.
  6. Membantu pengajar berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan kegiatan akan datang, pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar kelas.
  7. Pelajar juga boleh menggunakan FB untuk menghubungi rakan sekelas tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet.
  8. Rangkaian sosial yang dibina berasaskan konsep interaksi secara bersemuka antara guru dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk melihat profil pengajar yang mengandungi maklumat peribadi, minat, latar belakang dan “rakan-rakan” yang boleh meningkatkan motivasi pelajar, pembelajaran berkesan dan juga iklim bilik darjah (Mazer et al. 2007)
CARA MENGGUNAKAN FB DALAM PENDIDIKAN 
Pengenalan rangkaian sosial kepada pelajar amat penting oleh guru serta pensyarah. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk:
  1. Membuka akaun FB mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang-kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka. 
  2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai tugasan kursus serta permohonan kursus.
  3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza.
PENGGUNAAN FB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
    Dengan membina peralatan dalam struktur sosial FB, kita akan menggalakkan lebih banyak interaksi antara peserta. Misalnya, melalui alat perpustakaan (library tool), pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mencari katalog perpustakaan elektronik atau mempelajari cara penggunaan sistem perpustakaan universiti mungkin lebih selesa bertanya kepada “rakan” di dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang “Tanya Pustakawan”, dan bukannya terus kecewa dan berputus asa. Pustakawan boleh menggunakan aplikasi perpustakaan melalui FB sebagai satu cara untuk berhubung rapat dengan pelajar yang selalunya diajar sekali gus dalam sesi perpustakaan. Aplikasi FB yang telah dibina oleh perpustakaan boleh menyediakan satu ruang untuk pelajar bertanyakan soalan rujukan. Walau bagaimanapun, penambahan ciri-ciri tertentu mungkin boleh membantu meningkatkan perkhidmatan seperti ini. Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan suasana perpustakaan lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang pengajaran. Jika dipindahkan senario perpustakaan ini kepada pengajaran dan pembelajaran di dalan kelas, pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkin mencadangkan ia kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran belajar mereka., seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka (Penns ate 2007). 
          Selain itu menurut Dr. Wan Ahmad Jaafar Yahya, penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara baru dalam inovasi pendidikan di Malaysia. Sebagai pereka bentuk pendidikan di sekolah, kita boleh membina Facebook yang interaktif bagi membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efektif dan fleksibel. 
          Antara elemen-elemen yang ada dalam Facebook bagi memantapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dan pelajar adalah : 
  1.  Ruang 'Search'
  2.  Link
  3.  Authoring
  4.  Tag
  5.  Forum
  6.  Emel
  7.  Hyperlink
  8.  World contact/friend
  9.  Digital gift
  10.  Dinamik content
           Selain itu, melalui Facebook juga, kita boleh mengintegrasi prinsip-prinsip 'network' dalam ICT/digital dengan semua teori pembelajaran yang ada. Prinsip-prinsip yang diambil kira dalam membentuk bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan Facebook termasuklah:
  1. Pembelajaran dan pengetahuan adalah pelbagai.
  2. Perhubungan yang menghubungkan semua sumber-sumber maklumat yang releven.
  3. Sumber bukan berpusat kepada manusia.
  4. Kemahuan untuk mengetahui sesuatu perkara melebihi tahap tahu.
  5. Maklumat yang diperolehi menyebabkan berlakunya pembelajaran yang berterusan.
  6. Kebolehan untuk melihat perkaitan antara bidang, idea dan konsep.
  7.   Maklumat yang diperolehi adalah tepat dan terkini.
           Semua ketujuh-tujuh perkara di atas boleh membantu seseorang pengguna atau pelajar boleh membuat keputusan dengan tepat. 
(Dr Wan Ahmad Jaafar Wan Yahya , PTPM USM)



0 comments:

Post a Comment