ELTHEN DAOR (PT122302CT)



TUGASAN EDMODO: ELTHEN DAOR (PT122302CT)

Modal RM1 juta. 
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

Sekiranya diberikan modal RM1 juta, saya akan menjalankan perniagaan Day Care+Tution Centre berhampiran Sulaman, KF ataupun IP. Hal ini kerana ia masih baru dan belum ramai ahli perniagaan yang menceburinya. Bagi memastikan ia untung, service charge yang dikenakan ke atas klien adalah berbeza mengikut umur anak2 atau tahap persekolahan anak mereka. Contohnya, sekiranya anak2 yang berada di peringkat sekolah rendah, service charge akan dikenakan lebih rendah berbanding mereka yang berada di prasekolah. Bagi pelajar yang berada pada tahun peperiksaan spt UPSR, bayaran yang lebih tinggi akan dikenakan. Para pelanggan juga boleh membuat pilihan samada Day Care+Tution atau mana2 satu pilihan mereka.

Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... 
Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?


Bagi memastikan perniagaan Day Care+Tution Centre saya untung 100%, saya juga akan membuka tution centre untuk pelajar yang bukan berada di bawah Day Care saya. Untuk pusat pertama saya, saya akan menumpukan atau membuka pusat Day Care+Tution Centre saya di IP atau KF yang kebanyakan kedua ibubapa bekerja. Selain itu, saya juga akan memilih salah satu organisasi seperti UMS (Contoh saja) untuk membuka pusat jagaan saya d bangunan atau kawasan mereka dan klien saya sudah pastinya adalah kakitangan UMS saja. Hal ini akan meningkatkan lagi value of trust dari klien saya kerana mereka boleh menjeguk anak2 mereka bila2 masa saja sekiranya mahu. Saya juga akan membuka tution untuk pelajar sekolah menengah. Pakej2 termasuklah mengambil anak2 mereka (bagi yang sudah bersekolah) serta makan minum mereka. Faktor2 yang saya akan fikirkan sudah pasti produk saya, tempat, target klien, kos, risiko termasuk pesaing2 yang sudah ada seperti di KF dan IP juga strategi pemasaran saya. Dan semasa perniagaan, saya perlu mengetahui feedback dari klien saya tentang bisnes DayCare+Tution Centre, untung rugi bisnes serta halangan2 yang mengekang kelancaran bisnes saya. Dan setelah perniagaan saya dijalankan saya perlu memikirkan nilai tambah yang perlu dalam bisnes saya dan strategi yang akan membolehkan bisnes saya kekal, maju bahkan berkembang keluar dari jalan UMS.

Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction?

Teori multi modality 
Menurut Bolt (1980), istilah ‘modality’ sebenarnya telah wujud dalam persekitaran sekarang yang merujuk kepada kepenggunaan gerak badan (visual) dan lisan seperti pengucapan (verbal) untuk menyampaikan maklumat atau informasi. Hovy dan Arens (1990) pula, menyatakan bahawa teks secara bertulis/bercetak dan lisan sebagai sesuatu yang berbeza dalam bentuk penyampaian maklumat dan informasi sebagaimana output atau input melalui sistem berkomputer. Berdasarkan pengertian tersebut, secara umumnya teori multi modality dapat didefinisikan sebagai kepelbagaian kaedah atau cara penyampaian/penyebaran maklumat/informasi melalui medium fizikal (computer-ICT/IT, Televisyen-recorded video) yang dapat dilihat visual dan didengari verbalnya sekali. 

Multi modality instruction 
Secara umumnya, multi modality instruction merujuk kepada kaedah pembelajaran serta pengajaran melalui pelbagai cara melalui pemerhatian dan pembelajaran. Misalnya dengan menggunakan sistem multimodal secara graphical user interfaces (GUI). Interaksi-GUI adalah salah satu paradigma yang berkesan, mudah dan lebih bagus berbanding interaksi multimodal yang lain. Dalam dunia pendidikan pula, multi modality instruction adalah merujuk kepada kaedah atau cara P&P yang perlu diterokai atau dipelajari oleh seseorang guru bagi mempelbagaikan kaedah serta cara P&P di dalam bilik darjah agar menjadi lebih berkesan, menarik dan bermakna kepada pelajar juga terhadap pendidikan di Malaysia. Namun, ia haruslah sesuai dan praktikal mengikut tahap kecerdasan dan kemampuan seseorang guru tersebut. Sebagai contoh pengenalan ICT di sekolah, penggunaan power point di bilik darjah, demonstrasi secara visual melalui tontonan video adalah cara-cara yang boleh digunakan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran seseorang guru. Justeru, secara ringkasnya multi modality instruction dapatlah diertikan sebagai pengajaran atau tunjuk cara yang menggunakan kepelbagaian kaedah/cara penyampaian melalui medium fizikal yang dapat dilihat dan didengari visual serta verbalnya. 

Rujukan: 

ftp://conflibs.literacyresearchassociation.or... 

http://nislab.dk/Publications/MULTIMODALITY-T... 

http://multimodal-analysis-lab.org/_docs/Chal... 

Sila respon untuk isu ini pula 
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran 
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning 
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) 
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran


i) Video & stail pembelajaran 
Penggunaan video dalam P&P akan mempelbagaikan stail pembelajaran seseorang pelajar. Misalnya seseorang pelajar yang lemah dapat dibantu melalui bantuan video oleh seseorang guru. Dengan itu, ia dapat meningkatkan minat seseorang pelajar itu untuk menumpukan dalam P&P. Namun alangkah baiknya sekiranya ia diperluaskan ke kawasan luar bandar yang mana IQ pelajarnya masih rendah berbanding pelajar bandar. Justeru, isu penggunaan video & stail pembelajaran harus diperbanyakkan dengan memfokuskan kepada sekolah luar bandar. 

ii) Video dengan ubiquitous learning 
Penggunaan video dengan U-learning adalah kaedah penyampaian maklumat yang menggunakan medium fizikal seperti computer yang mengandungi audio dan visualnya sekali seperti mobile learning. Misalnya, guru akan memainkan video sewaktu P&P untuk membantu proses pengajaran. Contohnya, di Negara Singapura misalnya, sebuah sekolah telah menggunakan kaedah ini dalam P&P yang mana semua pelajarnya memiliki computer riba dan guru hanya mengajar secara alam maya atau interaksi guru-pelajar adalah kurang. Kaedah ini amat bagus, cuma memerlukan perancangan yang rapi dan mendalam serta kos yang tinggi. 

iii) Video dengan HOTS (higher order thinking skills) 
Penggunaan video dengan HOTS adalah isu yang masih kurang diperkatakan dalam Pendidikan Malaysia. Pemikiran yang analitik iaitu lebih kepada penyelesaian masalah yang logic iaitu saintifik dan matematik amat kurang menggunakan video kerana kebanyakkannya bersifat eksperimen. Namun di Negara Jepun misalnya, penggunaan video dapat membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah matematik yang mana mereka menggunakan video sebagai rujukan tambahan untuk menyiapkan kerja sekolah. Dalam hal ini, pelajar akan menggunakan kedua-dua otak kiri dan kanan untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. 

iv) Video dengan kemahiran sosial pelajar 
Penggunaan video juga dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar. Hal ini kerana melalui penggunaan video, pelajardapat memotivasikan diri mereka dengan membuat penilaian dan pemantauan terhadap diri sendiri. Misalnya, sekiranya seseorang pelajar itu menonton sesebuah video yang mengandungi unsur nilai sosial yang tinggi yang menyentuh diri mereka, secara tidak langsung, ia akan memberi kesan kepada hidupnya. Namun cara ini masih kurang digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran sosial pelajar. 

v) Penggunaan video dengan peningkatan kesedaran 
Secara keseluruhannya, penggunaan video sememangnya dapat membantu dalam meningkatkan kesedaran dalam diri kita. Misalnya sewaktu saya mengikuti kursus BTN (Biro Tata Negara) suatu ketika dahulu, kebanyakkan slot/pengisian kursus diisi dengan penayangan video yang berkaitan dengan patriotisme Negara serta isu-isu luar Negara yang bersifat perkauman. Melalui penayangan tersebut, ia secara tidak langsung mengingatkan saya terhadap pentingnya menjaga keamanan Negara. Justeru, penggunaan video dengan peningkatan kesedaran amat penting dan harus dilakukan dengan penelitian dan perancangan yang betul supaya hasilnya adalah bersifat positif dan berkesan. 



Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Kekangan: 
A. Pelajar: 

1. Video yang ditayangkan tidak dapat difahami. Bahasa yang tidak mudah difahami atau jelas. 
2. Video yang ditayangkan menyentuh sensitivity segelintir pelajar (misalnya, video yang menerangkan biological pelajar perempuan, membuatkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian) 
3. Video yang digunakan tidak dapat menarik perhatian pelajar, mesej dan objektif tidak tercapai. 
4. Pelajar belum bersedia untuk menonton/tidak puas kerana masa tidak cukup. 

B. Guru: 
1. Masa tidak cukup (video terlalu lama, guru tiada perancangan rapi) 
2. Tiada kemudahan yang mencukupi 
3. Tiada kebenaran dari pihak atasan (dari Pengetua atau Ketua Bidang) 
4. Proses P&P terganggu (pelajar akan lebih tertarik untuk membincankan isu tersurat dalam video berbanding isi tersirat spt nilai2 yang terkandung, persoalan dsbgnya) 




Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

A. Sebelum: 
1. Meminta kebenaran dari pihak atasan atau ketua bidang 
2. Membuat perancangan (pemilihan jenis video yang hendak ditayangkan mesti berkaitan dengan P&P) 
3. Menyediakan bilik darjah/bilik tontonan sebelum kelas bermula. 
4. Menerangkan tujuan penayangan video dengan kaitan subjek pada hari tersebut kepada pelajar.

B. Semasa: 
1. Memberhentikan video (pause) seketika dan menyoal soalan yang berkaitan kepada pelajar melalui sesetengah babak yang telah ditayangkan. 
2. Memastikan pelajar fokus dan tidak mengganggu pelajar lain. Sekiranya perlu, beri arahan kepada pelajar untuk mencatat sesuatu yang dilihat melalui penayangan tersebut. 
3. Video dimainkan dan guru menerangkan situasi yang berlaku atau memberi penerangan sepanjang penayangan video. (sekiranya video bukan untuk standard pelajar, tetapi berkaitan dengan perbincangan topic) 

C. Selepas: 
1. Buat Q&A atau aktiviti kecil sebagai refleksi kepada pelajar dan guru. 
2. Guru menerangkan tujuan tayangan video itu sekali lagi kepada pelajar. (rumusan, nilai dan kaitan dengan topic P&P pada hari tersebut) 
3. Pelajar menyiapkan aktiviti/tugasan yang diberikan oleh guru. Guru menyediakan/memberi rujukan tambahan sebagai nota kepada pelajar. 



1/ Apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi? 

1. Video Literasi 
Literasi Video bermaksud pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil video atau pandangan bermakna untuk menghasilkan sesuatu video. Pengetahuan dan kemahiran di sini merangkumi aspek pengetahuan asas seperti cara menggunakan alatan, mengambil video, mengedit dan sebagainya. 


2a. Menonton : 
i. Siapa yang mencipta mesej ini? 
ii. Teknik kreatif apa yang digunakan untuk menarik perhatian saya? 
iii. Bagaimana mungkin pelbagai orang memahami mesej ini berbeza? 
iv. Apakah nilai, gaya hidup, dan mata pandangan yang ditinnggalkan? 
v. Apakah tujuan mesej? 


2b. Menghasilkan video : 
i. Apa yang saya karang atau hasilkan? 
ii. Adakah mesej mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti dan teknologi? 
iii. Adakah mesej saya menarik perhatian penonton sasaran saya? 
iv. Adakah saya jelas dan konsisten berkenaan dengan rangka nilai, gaya hidup, dan pandangan dalam mesej saya? 
v. Adakah maksud yang ingin saya sampaikan berkesan? 


3. Pembelajaran pelajar dipertingkatkan melalui aplikasi video 
Dengan menggunakan video, Domain kognitif, affective, psikomotor dan interpersonal pelajar dapat dipertingkatkan. Hal ini kerana, pelajar bukan sahaja dapat mendengar audio dari video tersebut, malah melihat visualnya sendiri. Selain itu, aplikasi video juga membolehkan seseorang pelajar supaya berfikir tentang kesan, kisah di sebalik dan isi kandungan video tersebut. KBKK secara tidak langsung akan diterapkan dalam kaedah ini. 


4. Empat jenis video 
i. Video dokumentari - merupakan video yang digunakan untuk dokumentari sebenar seperti haiwan-haiwan di Afrika. Contohnya National Geographic channel. 
ii. Video Dramatris : Video yang membawa pelajar untuk berilusi melepasi pemikiran logik. 
iii. Video Penceritaan : Video yang menceritakan tentang sesuatu perkara. 
iv. Video Virtual : Video yang membawa pelajar ke tempat yang tidak dapat di kunjungi oleh pelajar dalam masa terdekat. 

5. Memilih & Menilai video 
i. Memilih video : Guru boleh mengakses video dari beberapa laman sesawang contonhya di youtube. Video hendaklah sesuai dengan objektif pembelajaran pada hari tersebut 
ii. Menilai video : Di sesetengah sekolah guru menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui keberkesanan penggunaan video dalam proses P & P mereka pada hari tersebut. 


Video dihasilkan melalui pengalaman dan kemahiran dan digunakan sebagai medium penyampaian maklumat atau sesuatu mesej. 



Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual. 

i) Analisis 
 Proses mendefinisikan bahan yang sepatutnya dipelajari 
 Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu : 
 Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya? 
 Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan 
 Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud? 
 Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran? 
 Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut? 
Terdapat jenis analisis yang diambil kira iaitu analisis tugas, analisis keperluan dan analisis pengajaran. 

ii) Pembangunan 
 Proses mengarang dan menghasilkan bahan pembelajaran 
 Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan. 


iii) Pelaksanaan 
 Proses memasukkan bahan pengajaran dalam dunia yang sebenar. 
 Projek multimedia yang disiapkan akan digunakan akan diuji bagi mengenal pasti kesilapan semasa proses pembangunan projek dilaksanakan. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum diserahkan kepada pengguna. 

iv) Penilaian 
 Proses mengenal pasti impak pengajaran. 
 Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE (Analyze, Design, Development, Implement, Evaluation). Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian. 

0 comments:

Post a Comment