NURUL EMMIE BINTI RAMLI (PT122205CT)


TUGASAN EDMODO: NURUL EMMIE BINTI RAMLI (PT122205CT)


Modal RM1 juta. 
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

Modal sebanyak 1juta akan digunakan untuk membuka sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang berusia 1-4tahun. Saya memilih perniagaan ini kerana kawasan sekitar jalan UMS terdapat banyak pejabat-pejabat yang terdiri daripada pekerja yang menpunyai keluarga, semestinya mereka yang bekerja di kawasan itu mengharapkan ada pusat penjagaan anak yang paling dekat dengan tempat mereka bekerja. Dengan menawarkan perkhidmatan yang terbaik serta kawasan yang selamat dan bersih, pasti ramai ibubapa yang tidak teragak-agak untuk menghantar anak mereka ke pusat penjagaan tersebut. Bidang ini masih baru dan sehingga kini permintaan terhadap pusat penjagaan kanak-kanak sangat tinggi.


Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... 
Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?


Antara faktor2 yang perlu di ambil perhatian adalah seperti mengekalkan perkhidmatan yang efisyen kepada pelanggan, layanan yang mementingkan keselesaan pelanggan, infrastruktur pusat penjagaan yang dibina, penjadualan aktiviti yang menarik serta berfaedah kepada kanak-kanak yang dijaga, selain itu pelanggan yang menghantar lbh daripada seorg anak layak mendapatkan potongan harga. Perkara yang paling penting adalah pengisian sepanjang tempoh anak-anak ada di pusat penjagaan tersebut agar pusat penjagaan saya menjadi pilihan masyarakat setempat.


Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction?

Multimodality membolehkan pelajar menggunakan mod linguistik, visual dan audio dalam usaha untuk mengalami, konseptual, menganalisis dan memahami pengertian mengenai sesuatu perkara. Guru boleh menggunakan pelbagai mod pembelajaran dalam usaha untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti literasi. Tiada pelajaran memerlukan penggunaan setiap mod tetapi sebaliknya harus menjadi tindak balas yang disengajakan kepada keperluan gaya pembelajaran pelajar-pelajar. Hal ini dpt mengasah keupayaan mereka untuk belajar.


Sila respon untuk isu ini pula 
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran 
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning 
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) 
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran.


  1. Video memainkan peranan penting dalam stail pembelajaran melalui kaedah visual dan pemerhatian. Contoh; melakukan teknik menjaring secara ansur maju menggunakan video. 
  2. Video juga boleh digunakan secara ubiquitous learning kerana tidak kira kita di mana asalkan mempunyai jaringan internet pasti kita dapat belajar.
  3. Melalui pembelajaran dengan meggunakan video, kita mampu melatih Higher order Thingking Skills untuk mempelajari suatu kemahiran, contoh; belajar melakukan magic menggunakan daun terup.  
  4. Kemahiran sosial pelajar pula agak lemah kerana pelajar hanya bersosial secara maya tanpa menggunakan eye contact dan body language.
  5. kesedaran pelajar boleh dibina melalui pembelajaran secara video jika ia bertepatan dengan apa yang ingin disampaikan.

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Antara kekangan yang akan kita hadapi adalah seperti ;
  1. Guru-guru yang lemah dalam kemahiran mencari video atau menghasilkan video yang berkaitan dengan pembelajaran akan merumitkan keadaan. 
  2. Tidak semua mesej yang ingin disampaikan boleh disampaikan melalui tayangan video semata-mata. 
  3. Terdapat sekolah di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan untuk pembelajaran menggunakan video. 
  4. Video yang hendak digunakan perlu berkualiti dan tidak melanggar peraturan kpm. 
  5. Kaedah ini tidak praktikal jika pelajar yang diajar mengalami masalah penglihatan. 
  6. Kualiti video yang kurang jelas akan menyebabkan pelajar tidak berminat untuk melihat video tersebut.
Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

SEBELUM = memastikan peralatan secara teknikal ada di dalam sesi pnp, laptop, LCD, dan sebagainya, selain itu video perlu dihasilkan jika guru bercadang untuk hasilkan video, video juga boleh diperolehi melalui youtube atau mana-mana laman sesawang yang dibenarkan, semasa menghasilkan video guru perlu mengumpulkan bahan-bahan yang hendak digunakan, menegaskan kepada pelajar agar melihat video secara teliti kerana mereka akan disoal selepas selesai tayangan, edarkan soalan sebelum tayangan jika perlu. 

SEMASA = Menyambungkan laptop dan LCD, memastikan kualiti visual video pada tahap yang baik, memastikan semua pelajar mengambil bahagian semasa penayangan video, meminta pelajar mencari jawapan untuk soalan yang diedarkan. 

SELEPAS = membuat refleksi berkaitan dengan tahap kefahaman pelajar berkaitan dengan tayangan yang dipaparkan, memeriksa jawapan yang diberikan oleh pelajar, memberi ruang kepada pelajar untuk memberi respon atau pandangan mereka terhadap tayangan yang mereka lihat.

Assignment manipulatives

SOALAN 3 
MANIPULATIF 

- Bahan bantu mengajar yang boleh menarik minat pelajar untuk mengikuti P&P yang dibuat. 
- Pelajar dapat melihat dengan jelas bahan yang digunakan oleh guru. 
- Manipulatif boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu; real Objects, models dan mock-up. 

Real Objects. 
- Melibatkan bahan sebenar yang ada di muka bumi. Cth; objek nyata seperti artifak, benda, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi. 
- Guru membawa bahan tersebut ke dalam kelas mengikut konteks dan topik P&P. 

Models 
- Model merupakan bahan 3 dimensi yang dihasilkan dalam saiz yang lebih kecil mewakili satu-satu kawasan atau keadaan yang ingin diajar. Cth: Model Padang sekolah yang dibuat di atas sebuah papan kayu. 
- Aspek kognitif dan psikomotor pelajar dapat dibina jika guru berinisiatif menggunakan model semasa P&P beliau. 

Mock-Up 
- Penggunaan sistem elektrik dalam melabelkan komponen-komponen yang ingin disampaikan oleh guru semasa P&P. 

Untuk subjek PJK ketiga-tiga kaedah boleh digunakan terutama kaedah Real-Objects dan Models. Hal ini demikian, bahan sebenar seperti peralatan sukan yang terdiri daripada bola, kayu hoki, jaring, skitel dan lain-lain perlu digunakan oleh guru semasa proses P&P. Penggunaan kaedah Models pula amat sesuai digunakan di dalam P&P pendidikan kesihatan, guru boleh meminta pelajar membina model piramid makanan. 

SOALAN 4 
Kaedah P&P menggunakan “field-trip” @ kerja lapangan sangat sesuai digunakan di dalam Subjek PJK. Aktiviti seperti perkhemahan kokurikulum sangat berkesan untuk meningkatkan minat serta memberikan pengalaman yang lebih bererti kepada pelajar. Pelajar akan mendapat pengalaman secara “firsthand” jika mengikuti aktiviti kerja lapangan. Pengalaman yang dirasai sendiri oleh pelajar merupakan satu pembelajaran yang sukar untuk dilupakan. Oleh itu, saya akan menggunakan kaedah ini sebagai pilihan utama semasa menyampaikan objektif P&P terutama topik pendidikan jasmani. 
Namun, kaedah alam maya juga tidak dinafikan boleh membantu meningkatkan pengetahuan pelajar. Contohnya, laman web youtube yang menunjukkan video kaedah dan tips melakukan senaman, cara-cara mengelecek bola, memanaskan badan dan lain-lain. 


1/ Apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi? 

Video dihasilkan melalui pengalaman dan kemahiran dan digunakan sebagai medium penyampaian maklumat atau sesuatu mesej. 

2/ Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. 

i) Mesej yang ingin disampaikan perlu dibentuk terlebih dahulu. 

ii) Format di dalam video mesti unik dan menarik. 

iii) Penonton akan menilai mesej di dalam video yang ditayangkan secara berbeza. 

iv) Mesej yang disampaikan melalui video mempunyai nilai serta pandangan yang tidak 
sama 

v) Mesej yang ingin disampaikan selalunya bertujuan untuk mempromosikan sesuatu tujuan secara spesifik. 

3/ Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? 

i) Kognitif 
- Lebih mudah pelajar memahami proses, hubungan, teknik dan teks melalui penayangan video. 
- Pelajar juga boleh memperoleh maklumat melalui bahan grafik seperti video yang mampu merangsang minat pelajar membaca sesuatu topik . 

ii) Afektif 
- Video mampu mempengaruhi tingkah laku pelajar apabila mereka menjadikan pembelajaran dengan menggunakan video sebagai panduan atau teladan. 

iii) Psikomotor 
- Penggunaan video dalam proses p&p lebih senang jika melibatkan pergerakan. 
- Penggunaan video di dalam p&p menjadikan proses p&p lebih teratur. 

iv) Interpersonal 
- Kemahiran interpersonal dapat dipertingkatkan melalui pembelajaran secara berkumpulan. 
- Video ditayangkan untuk dibincangkan bersama di dalam kumpulan. 

4/ Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? 

i) Dokumentari 
- Memberitahu cerita benar tentang situasi dan watak sebenar. 

ii) Dramatization 
- Menarik perhatian pelajar. 
- Membina sikap dan perangai pelajar yang positif seperti keyakinan diri dan bekerjasama. 

iii) Video storytelling 
- Memberi peluang kepada pelajar supaya kreatif semasa menulis, literasi visual dan kaedah penghasilan video. 
- Matlamatnya ialah mengajar pelajar supaya menyuarakan idea melalui cerita. 

iv) Virtual Field Trips 
- Pelajar boleh melawat tempat jauh yang mereka pelajari secara maya. 
- Mereka akan melayari laman sesawang untuk melihat sendiri keadaan di satu-satu kawasan yang dipelajari menerusi video sahaja. 
- Pengetahuan dapat dibina dan ditingkatkan melalui pelbagai jenis pembelajaran. 

5/ Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. 

- Memilih video daripada sumber yang dipercayai. 

- Jika video dipilih dengan teliti, bahan tajaan akan menjadi bahan tambahan bernilai dalam pengajaran bilik darjah. 
- Selepas memilih video, gunakan alat penilaian untuk menilai kesesuaian dengan pengajaran. 
- Borang penilaian boleh menolong guru untuk memilih bahan yang mendorong pembelajaran pelajar. 
- Guru perlu memilih video dengan menilai beberapa aspek penting seperti : 
a) Mesej yang terkandung di dalam video 
b) Kejelasan video dari aspek bunyi, dan imej 
c) Kesesuaian video dengan isi pelajaran. 
d) Kesesuaian video dengan aras pengajaran dan pembelajaran 

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual. 

Proses Reka Cipta Visual 
Perancangan merupakan aspek yang paling penting semasa menghasilkan visual. Banyak perisian yang boleh digunakan seperti teknik lakaran paparan cerita atau menggunakan teknik peta minta. Teknik tulisan seperti lukisan, lakaran atau teknik menggunakan karton juga membantu kita memahami visual yang akan dihasilkan. Teknik menghasilkan grafik dan transparensi juga merupakan bahan-bahan yang penting semasa menghasilkan visual. 

Ciri-ciri Reka Cipta Visual 
Bahan-bahan yang digunakan di dalam bilik darjah yang berbentuk visual termasuklah; skrin komputer, Program Multimedia, Bahan bercetak, Papan Putih, Pameran, Transparensi, Power Point dan Papan Buletin. 

Antara ciri-ciri yang perlu dititik beratkan ialah dari aspek; 
1. Penyusunan 

Perkara yang paling utama adalah memilih elemen yang ingin dimasukkan di dalam visual yang ingin dihasilkan. Susunan paparan mestilah mempunyai elemen yang konsisten jika guru merancang untuk membuat paparan visual yang bersiri. 

2. Keseimbangan 
Teori psikologi menyatakan bahawa keseimbangan akan terhasil apabila paparan visual berada dalam keadaan simetri atau seimbang pada kedua-dua bahagian. Penggunaan visual yang tidak seimbang adalah tidak digalakkan kerana ia bakal menimbulkan emosi yang negatif kepada penonton. 

3. Warna 
Penggunaan warna juga antara ciri-ciri visual yang sangat penting kerana tidak semua warna yang dikatakan sebagai warna pelengkap adalah saling melengkapi. Hal ini demikian, warna pelengkap kadangkala warna tersebut mempunyai kontras dan kegelapan yang sama. Selain itu, mata juga tidak dapat fokus kepada dua warna yang mempunyai nilai yang kuat tetapi warna yang berbeza pada satu-satu masa. Guru juga perlu bijak dalam pemilihan warna kerana, warna pada skrin komputer selalunya tidak sama kualiti warnanya dengan warna yang dipaparkan pada skrin yang lebih besar. 

4. Jelas untuk dibaca 
Visual yang dipaparkan tidak mempunyai makna jika penonton tidak boleh membaca info yang dipaparkan. Oleh itu, guru perlu menitik beratkan soal tahap kejelasan ayat pada paparan visual yang dihasilkan. Tahap kejelasan boleh diperbaiki melalui perubahan saiz imej, jenis tulisan dan tahap kontras pada warna. Pastikan imej yang dipaparkan tidak kabur dan menepati pixel yang sepatutnya. 

5. Menarik 
Sesuatu visual perlu kelihatan menarik untuk menimbulkan minat penonton terus melihat visual yang dipaparkan. Setiap olahan juga perlu bersesuaian dengan tahap usia dan objektif yang ingin disampaikan. Kadangkala penggunaan visual secara 2D, 3D atau objek nyata juga boleh digunakan untuk menarik minat penonton. Penonton juga boleh diminta untuk memberi respon contohnya menjawab soalan yang diberikan oleh guru menggunakan bahan visual yang ada. 

6. Rekaan Universal 
Guru perlu menitik beratkan rekaan visual yang bersifat universal dan boleh digunakan pada pelbagai peringkat usia atau subjek. Ia juga perlu bersesuaian dengan kepelbagaian tahap pembelajaran pelajar, seperti kanak-kanak istimewa dan juga yang berbakat. Rekaan universal menitik beratkan prinsip-prinsip yang mudah, intuitif, keseimbangan dan juga penggunaan yang fleksibel dalam visual. 

0 comments:

Post a Comment